Siapakah TM Point Senawang?
Kami adalah penjual sah produk TM yang menjalankan proses pendaftaran Talian Tetap TM, Streamyx, UniFi dan Celcom Broadband bagi pelanggan baru. Kami juga menyediakan perkhidmatan updgrade Streamyx ke pakej pilihan anda.
Apakah kelebihan menggunakan TM Point Senawang?
Anjung Streamyx direka bagi menghebahkan promosi terkini Streamyx, Unifi dan juga Celcom Broadband. Proses pendaftaran dan upgrade boleh dilakukan dengan hanya mengisi borang yang disediakan. Cara ini lebih mudah kerana pelanggan tidak perlu hadir ke mana-mana tempat di waktu bekerja untuk mendaftar. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa 24 jam seminggu.
Adakah perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran Streamyx?
Pendaftaran adalah percuma. Malah bagi promosi BlockBuster Deals terdapat banyak lagi tawaran percuma untuk anda. Sila rujuk promosi terkini di laman Facebook/Blog kami.
Apakah bukti yang saya telah mendaftar untuk mendapatkan talian telefon/Streamyx/UniFi?
Anda akan diberikan slip permohonan yang mengandungi semua maklumat pendaftaran. Sila beri alamat emel yang berfungsi/aktif ketika mengisi borang bagi memudahkan kami menghantar slip permohonan kepada anda melalui emel.
Apakah perkara yang perlu dilakukan setelah saya mendaftar?
Anda perlu menunggu dari 7 hingga 14 hari bekerja bagi temujanji/proses pemasangan telefon dan Streamyx/UniFi/Talian Tetap oleh kontraktor dari TM.
Apakah yang perlu dilakukan jika tiada kontraktor yang hadir untuk pemasangan?
Setelah tempoh 14 hari bekerja, jika tiada kontraktor yang datang untuk proses pemasangan, anda hanya perlu menghubungi talian 100 dengan merujuk kepada permohonan anda. Operator akan menyemak permohonan anda dan memberi maklum balas mengenai kelewatan.
Saya mempunyai pelbagai soalan sebelum saya membuat pendaftaran, bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut?
Anda boleh menghubungi talian 100 untuk mendapat khidmat operator TM. Anda juga boleh boleh membuat pertanyaan kepada TM Point Streamyx dengan mengisi borang yang disediakan atau melalui laman facebook kami.